Tutup

Kes dera bayi: Bapa kandung dibebaskan polis

Bapa kandung kepada seorang bayi lelaki yang cedera disyaki akibat didera dibebaskan dengan jaminan polis. Lelaki terbabit dibebaskan polis pada jam 9 pagi Isnin. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, seorang lagi suspek yang merupakan bapa saudara bayi malang itu masih ditahan bagi membantu siasatan.