Tutup

Kes Fitnah: Polis mungkin akan panggil Najib

Polis mungkin akan memanggil Datuk Seri Najib Razak bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di laman Facebook milik bekas Perdana Menteri itu yang didakwa berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis akan meneliti dahulu laporan polis dibuat Setiausaha Sulit Kanan kepada Ahli Parlimen DAP terbabit di Ipoh, Perak pada 3 Oktober lalu.