Kes HFMD mungkin turun pada cuti sekolah

Trend penyebaran penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dijangka berkurangan menjelang musim cuti persekolahan. Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata risiko jangkitan dikesan lebih tinggi dan mudah merebak apabila kanak-kanak yang telah dijangkiti bergaul dengan murid yang lain.