Tutup

Kes kehilangan Nora: Polis luar negara terbabit dalam siasatan

Misi mengesan remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin yang dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu diperhebat dengan pembabitan pegawai dan anggota polis dari Perancis, Ireland dan England. Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner, Che Zakaria Othman berkata, kumpulan berkenaan bagaimanpun hanya terlibat pada penyiasatan dan bukan operasi mencari dan menyelamat.