Tutup

Kes kemalangan: Kementerian Pengangkutan memandang serius

Meskipun pelbagai kempen keselamatan jalanraya selain operasi dilaksanakan, bagaimanapun, kes kemalangan dilaporkan semakin meningkat. Perkara itu diakui Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Liow berkata, pihak kementerian mengambil serius kemalangan yang berlaku dan akan mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera selain mempertimbang untuk mempercepat sistem KEJARA.