Kes Kim Jong Nam jadi rujukan mendepani ancaman bioterrorisme

Insiden pembunuhan Kim Jong-Nam yang melibatkan ejen saraf VX menjadi rujukan utama pasukan keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia mendepani ancaman bioterorisme. Berdasarkan kes berkenaan beberapa langkah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) jabatan serta agensi yang terbabit dalam menangani isu dan ancaman bioterorisme dapat dikenal pasti.