Kes pemandu Toyota Vios disebut semula 28 Mei

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, menetapkan 28 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes pemandu Toyota Vios, MK Vaitheswaran, 21, yang dituduh menyebabkan kematian seorang penuntut kolej swasta dalam kemalangan atas Jambatan Pulau Pinang 20 Januari lalu. Majistret Jamaliah Abd Manap menetapkan tarikh berkenaan selepas mendapat permohonan Timbalan Pendakwaraya M Kalaivaanan berikutan beliau perlu menguruskan beberapa dokumen.