Kes pukul: Polis ambil keterangan 15 pelajar senior

Polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes seorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dipukul 15 pelajar senior sebuah sekolah berasrama penuh di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwaan Raya (DPP) untuk tindakan selanjutnya selepas kertas siasatan siap sepenuhnya.