Kes rasuah: Lima lagi pegawai JPJ direman

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima penguat kuasa dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes rasuah di Pulau Pinang. Mereka ditahan selepas didakwa melindungi pemandu-pemandu lori, yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di sekitar negeri itu.