Tutup

Kes rogol Exco Perak: Pendakwaan minta dua saksi terlindung

Pihak pendakwaan kes rogol pembantu rumah warga Indonesia yang melibatkan anggota Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong Choo Keong memohon kepada Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini untuk menjadikan saksi pertama dan kedua kes itu sebagai saksi terlindung. Hakim Norashima Khalid bagaimanapun hanya akan membuat keputusan mengenai perkara itu, ketika perbicaraan disambung semula pada pagi Rabu.