Video  | 

Kes saman keluarga Aminulrasyid ditangguh kepada 9 Mac

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 9 Mac ini untuk mendengar saman sivil terhadap polis dan kerajaan yang dikemukakan keluarga seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, yang ditembak mati seorang anggota polis, hampir lima tahun lepas. Tarikh tersebut ditetapkan ketika kes itu didengar di hadapan hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim.