Kes SRC: Dua saksi mengaku terima jutaan ringgit daripada Najib

Saksi ke-22 perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak, Liew Chong Lai memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini bawaha beliau menerima satu juta ringgit daripada bekas Perdana Menteri itu. Ketika disoal balas oleh timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Liew mengakui bahawa cek tersebut diterima secara peribadi daripada Najib untuk menampung kerja kebajikan syarikat bernama Solar Shine Sdn Bhd. Cek tersebut dikeluarkan sekitar Februari 2015.