Kes SRC: Ihsan Perdana terima dana RM40 juta untuk program CSR

Yayasan 1MDB memberi dana 20 juta ringgit setahun kepada Syarikat Ihsan Perdana untuk menganjurkan program CSR di kawasan melayu yang dimenangi UMNO dan Barisan Nasional. Saksi ke-37 dalam perbicaraan berhubung kes SRC International memberitahu mahkamah bahawa jumlah yang sama juga diberikan Yayasan Rakyat 1Malaysia kepada Ihsan Perdana untuk menganjurkan program CSR di kawasan-kawasan kaum cina dan india yang dimenangi UMNO atau BN.