Kes tembakan di Pegasus Reef, empat dilaporkan hilang

Empat lelaki disahkan hilang berikutan kes tembakan membabitkan sebuah bot nelayan berdekatan perairan Pegasus Reef. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihaknya juga menemui sebuah bot nelayan berdekatan lokasi kejadian tanpa ada individu di atas bot berkenaan.