Tutup

Kes Tuhan Harun tangguh lagi, sebut semula 27 Disember

Mahkamah Tinggi Kuantan menetapkan 27 Disember ini untuk keputusan pertuduhan ketua kumpulan ajaran sesat, `Tuhan Harun' atau Harun Mat Saat dan lima orang lagi atas tuduhan berkonspirasi membunuh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP, Ahmad Raffli Abd Malek, tiga tahun lepas. Keputusan dibuat Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Ab Karim Ab Rahman selepas pihak pendakwaaan gagal mengemukaman hujah bertulis mengikut tempoh sepatutnya.