Keselamatan Drawbridge akan ditambah baik

Kerajaan Negeri Terengganu akan melakukan beberapa penambahbaikan terutama melibatkan aspek keselamatan dan aliran trafik di jambatan ikonik negeri itu. Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata beberapa kelemahan dikenal pasti menerusi tempoh percubaan yang bermula 2 Jun lalu.