Tutup

Keselamatan pekerja perlu diterapkan dari bangku sekolah rendah

Hal keselamatan dan kesihatan pekerjaan bukan hanya perlu diterapkan kepada graduan universiti yang hampir tamat belajar. Malah ia perlu bermula dari bangku sekolah rendah dalam usaha meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pekerjaan. Menurut Presiden Pertubuhan Pembela Mangsa Kemalangan Industri Ir. Mohamad Khalil ini akan memberi pendedahan kepada golongan muda untuk mengetahui hak pekerja sebelum memasuki dunia pekerjaan.