Kesemua mangsa pencemaran udara negatif bahan kimia

Perkembangan pencemaran udara di Pasir Gudang. Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin menjelaskan hasil analisis Jabatan Kimia terhadap mangsa menerusi ujian air kencing dan darah adalah negatif bahan kimia. Jelasnya lapan sampel itu menunjukkan tiada bahan kimia yang dikaitkan dengan pencemaran udara sejak Khamis lalu. Laporan lanjut bersama wartawan Fareez Azman di Johor.