Kesemua pelajar stabil - Pengetua SMJKC Keat Hwa

Pihak pengurusan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa melahirkan rasa syukur apabila lima pelajar yang terkena serpihan siling runtuh hanya mengalami cedera ringan dan berada dalam keadaan stabil. Menurut Pengetua SMJK Keat Hwa, Wong Ghee Hong, kesemua pelajar yang cedera itu telah dibenarkan pulang tengah hari selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).