Kesesakan & keselamatan jalan raya musim cuti

Kesesakan trafik yang luar biasa ketika musim perayaan dapat di atasi sekiranya sistem pengangkutan awam ditingkatkan mutu perkhidmatannya. Menurut Felo Penyelidik Institut Keselamatan Jalan Raya UPM, Prof Madya Dr Kulanthayan KC Mani, penggunaan kenderaan persendirian akan memilih pengangkutan awam seperti bas dan keretapi sekiranya kekerapan perkhidmatan ditambah.