Kesihatan penduduk sekitar menara pemancar tidak terjejas

Radiasi daripada menara-menara telekomunikasi dan pemancara tidak memberi kesan bahaya kepada kesihatan manusia khususnya penduduk di kawasan sekitar tersebut. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo kadar pancaran sinaran mengion dan sinaran tidak mengion (NIR) di kawasan-kawasan perumahan adalah mematuhi standard mandatori elektromagnet yang telah ditetapkan.