Tutup

Ketampakan rendah di perairan negara akibat jerebu

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran jarak ketampakan rendah iaitu kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka berterusan sehingga hari ini, berikutan jerebu. Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata, keadaan itu turut berlaku di Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Termasuk Kuching, Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah, khususnya di Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat.