Ketepikan ego untuk jadi pemimpin yang baik

Seorang pemimpin yang baik akan mengenepikan ego dan berusaha membetulkan kesalahan sekiranya ia dapat memberikan manfaat kepada mereka yang dipimpinnya, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Jelas beliau, ego seringkali menjadikan seseorang itu lupa akan kesalahannya atau enggan mengakuinya, sekali gus menyebabkan dia tidak dapat membetulkan kesalahannya.