Tutup

Keterangan ikut keadaan bantu rungkai misteri kehilangan Raymond, Amri

Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM) menyifatkan keterangan yang dikumpul membabitkan kes kehilangan paksa Paderi Raymond Koh dan Amri Che Mat adalah keterangan mengikut keadaan atau circumstantial evidence. Pengerusi Panel Siasatan SUHAKAM, Datuk Mah Weng Kwai berkata walaupun ia hanya keterangan mengikut keadaan, namun ia kukuh bagi melakukan pendakwaan.