Tutup

Ketua Geng Appu Boy dipenjara 45 bulan

Ketua kumpulan penjenayah 'Geng Appu Boy' dihukum penjara 45 bulan selepas didapati bersalah ke atas tiga pertuduhan berkaitan dadah dan melupuskan barang kemas sejak Mac lalu. Majistret Nor Habsarina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap S Ravisankar, dan turut memerintahkan kesemua hukuman penjara itu dilaksanakan secara berasingan bermula Jumaat.