Ketua kumpulan pemisah Ukraine maut dalam letupan

Ketua kumpulan pemisah yang disokong Rusia di wilayah Donetsk, Ukraine dilaporkan terbunuh pada Jumaat. Alexander Zakharchenko, 42 tahun mati dalam letupan bom di sebuah kafe. Perkara itu disahkan oleh agensi berita rasmi kumpulan itu.