Tutup

Keuntungan TMC Life, hasil strategi perkhidmatan disediakan

Bermula dengan hanya sebuah klinik yang menawarkan rawatan kesuburan (IVF) pada 1994, TMC Life Sciences Bhd kini menjadi satu pusat perubatan yang maju. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Nadiah Wan Mohd Abdullah Yaakob, strategi penjagaan kesihatan bersepadu untuk menyediakan perkhidmatan perubatan tahap ketiga sejak tahun lepas dijangka menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih baik.