Tutup

Keusahawanan berkesan tingkatkan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapan perasmiannya memaklumkan, adalah sentiasa menjadi hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan luar bandar yang berjaya pada masa akan datang. Bagaimanapun, beliau berkata, tanpa minat dan kesediaan untuk menyertai peluang-peluang yang akan diwujud, usaha ini tidak akan berjaya.