Keutamaan pembangunan ekonomi tidak di negeri tertentu

Sudah sampai masanya untuk menyemarakkan ekonomi, tidak lagi hanya tertumpu di bandar semata-mata, tetapi perlu dikembangkan setiap pelusuk negara. Menurut Penasihat Ekonomi Kepada Perdana Menteri, Dr Muhammed Abdul Khalid, itu tumpuan yang perlu diberikan oleh kerajaan, bertujuan menjana ekonomi lebih meluas termasuk di Malaysia barat atau timur. Beliau berkata demikian dalam program Perspektif di Astro AWANI.