Kewujudan rumah sewa Cyberjaya Siti Kharina tidak dimaklumkan - Polis

Polis tidak dimaklumkan mengenai rumah sewa Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin di Kondominium Third Avenue, Cyberjaya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin perkara itu hanya diketahui pihaknya selepas menerima panggilan daripada pemilik rumah sewa berkenaan berhubung penemuan mayat di unit berkenaan.