Khairy: 'Bukan ini cara bantahan'

Walaupun majoriti ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan atas dasar protes terhadap prosedur pelantikan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat itu bukan cara sepatutnya menyatakan bantahan. Beliau juga menyatakan ketidakpastian, mungkin dikenakan tindakan kerana tidak mengikuti tindakan pembangkang yang lain, yang diketuai Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.