Khidmat Valet Doa diarah henti operasi

Pengasas Valet Doa telah diarahkan menghentikan operasi perkhidmatan kiriman doa untuk dibacakan di Makkah. Pada masa sama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau akaun Facebook Valet Doa.