Kilang kicap, asam jawa diarah tutup 14 hari

Dua kilang memproses makanan di kawasan perindustrian di Ipoh diarah tutup selama dua minggu bermula Jumaat kerana kotor. Dua premis membabitkan kilang asam jawa dan kilang membuat kicap itu didapati mengabaikan aspek kebersihan termasuk kehadiran najis binatang.