Kilang kimia di Pelabuhan Barat musnah terbakar

Sebuah kilang kimia membuat cecair silikon meletup dan terbakar di Pelabuhan Barat kira-kira jam 9 malam tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Selangor), Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.16 malam sebelum pasukannya bergegas ke tempat kejadian.