Kilang proses getah didakwa jejas kesihatan penduduk

Tidak tahan dengan bau busuk asap pemprosesan getah yang dihadapi setiap hari... Sekumpulan penduduk mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap sebuah kilang di Kampung Baru Sungai Buloh, Selangor. Walaupun aduan dan laporan polis telah dibuat, namun, penduduk terus terkesan dengan kilang getah berkenaan yang didakwa menjejaskan kesihatan mereka.