Video  |  Hiburan

Kisah inspirasi filem 'Adiwiraku'

Baru-baru ini, trailer filem Adiwiraku yang didedahkan menerima reaksi positif khalayak filem tempatan dan dikatakan bakal mencipta satu fenomena baru. Filem yang dihasilkan berdasarkan kisah benar tentang perjuangan dan kejayaan dua guru Bahasa Inggeris dalam mendidik pelajar di sebuah sekolah luar bandar di Kedah. Ia menghidupkan kisah pelajar SMK Pinang Tunggal di Sg Petani yang berusaha untuk menyertai pertandingan Choral Speaking walaupun mengetahui peluang yang terlalu tipis untuk menang. Jadi istimewanya hari ini, kami bawakan guru Bahasa Inggeris sebenar yang jadi inspirasi kepada filem ini, Cheryl Ann Fernando. Untuk lebih banyak berita terkini dan dalam dan luar negara serta segment menarik setiap hari, saksikan Buletin AWANI 7-8 pagi dan ulangan 9-10 pagi di saluran 501 dan AstroAWANI.com.