Kit Siang tarik diri debat dengan Najib

Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan debatnya dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dicadangkan diadakan lepas Aidilfitri ini. Dalam satu kenyataan pada Khamis, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, jika perdebatan itu diteruskan ada kemungkinan ia akan dimanipulasi menjadi konflik perkauman.