Tutup

Video  | 

#kitalawan Adam Adli, jangan kacau periuk nasi kami

Aktivis, Adam Adli dan penyokong perhimpunan hash tag 'kita lawan' diberi amaran supaya tidak menggangu lokasi buskers membuat persembahan di sekitar pusat beli-belah, Sogo dengan perhimpunan haram yang hanya membawa ketakutan kepada masyarakat. Amaran itu disuarakan anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy yang berharap sebarang perhimpunan haram yang dicadang agar dibatalkan segera demi kelangsungan rezeki pemuzik jalanan di kawasan berkenaan.