KKM akan bincang idea Institut Teknologi Sokongan Kebangsaan (NIAT)

Kementerian Kesihatan akan membincangkan cadangan penubuhan Institut Teknologi Sokongan Kebangsaan (NIAT) dalam mesyuarat pasca Kabinet. NIAT yang dicadangkan oleh Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) antara lain akan memastikan proses penyelidikan, pembangunan dan penyediaan teknologi sokongan kepada OKU dapat dilaksanakan dengan lebih bersistematik.