KKM dapati risiko penyakit tidak berjangkit meningkat

Kebanyakkan risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, hipertensi dan paras kolesterol amat tinggi dalam darah di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat. Antaranya, tinjauan kesihatan dan morbiditi kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati satu daripada tiga orang penduduk berumur 18 tahun ke atas menghidap hipertensi atau jumlahnya 6 perpuluhan satu juta orang.