KKM Kedah wujudkan sistem jadual gentian untuk kakitangan mengundi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Kedah akan menempatkan kakitangannya di pusat mengundi seluruh negeri sekiranya diperlukan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, seramai 16,500 kakitangan kementerian di Kedah bekerja seperti biasa sepanjang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.