Tutup

KKM rancang guna kecerdasan buatan basmi pembiakan aedes

Kementerian Kesihatan merancang untuk menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan AI sebagai usaha membasmi kes berkaitan nyamuk aedes. Menurut Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, teknologi itu membolehkan pihak kementerian meramal kawasan berpotensi berlakunya kes denggi dengan tepat bagi membolehkan tindakan segera diambil.