Tutup

KL Summit 2019: Himpunan pemimpin, pemikir, Cedekiawan Islam

Lebih empat ratus pemimpin Islam, pemikir, cendekiawan dan ulama bakal berkampung di Kuala Lumpur bagi memberi idea selain mencari penyelesaian isu-isu yang mendepani umat Islam global. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 atau KL Summit 2019 berkata platform antarabangsa itu menjadi medan kepada pemimpin dunia untuk mencari penyelesaian secara dinamik dan berkesan seiring pemahaman secara kontemporari dan menyeluruh.