Tutup

KLIA terus alami gangguan sistem

Gangguan sistem, yang antara lain mengakibatkan kelewatan penerbangan, masih berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata pasukan mereka masih berusaha untuk menstabilkan sistem itu sejak 6 pagi tadi lagi.