Kolam renang akan dibina di setiap balai bomba

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang untuk membina kemudahan kolam renang di setiap balai bomba seluruh negara. Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Mohammad Mantek berkata pihaknya mensasarkan kemudahan itu akan dibina di balai utama atau pejabat bomba setiap negeri yang mempunyai keluasan tanah bersesuaian serta beberapa ciri lain.