Komen di facebook akan mengguriskan hati keluarga bomba mangsa lepas

Hanya pihak-pihak yang mempunyai kepakaran sepatutnya mengemukakan sebarang cadangan susulan kejadian enam anggota bomba yang lemas semasa misi mencari dan menyelamat Rabu lalu. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad menjelaskan, cadangan berkenaan perlu disalurkan kepada pihak berkenaan terutama Jabatan Bomba dan Penyelamat melalui medium sepatutnya dan bukan melalui media sosial.