Tutup

Video  | 

Komik propaganda: Keputusan ditangan saya! - Maszlee

"Ini tidak boleh dijadikan bukti pengiktirafan. Beliau (Teo Nie Ching) tidak pernah keluar apa-apa kenyataan bertulis mengiktiraf. Apa pun, tak kiralah gambar siapa, gambar Timbalan Perdana Menteri ke, gambar Ketua Setiausaha ke, gambar mana-mana Ahli Parlimen ke, yang penting Menteri Pendidikan tidak benarkannya. Keputusan di tangan saya," ujarnya di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datin Mastura Mohd Yazid (BN-Kuala Kangsar) yang bertanyakan berkenaan foto tular melibatkan pengarang menyerahkan komik propaganda tersebut kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.