Tutup

Video  | 

Komik propaganda: Tindakan haramkan bukan kerana desakan politik

Tindakan Kementerian Dalam Negeri mengharamkan komik penerbitan komik kontroversi "Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama", bukan kerana desakan atau tindakan terhadap mana-mana pihak, kata Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sewaktu ditemui di Lobi Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, pengharaman ke atas penerbitan itu dilakukan selepas kementerian mendapati wujudnya asas yang kukuh dari segi kandungannya.