#Komuniti AWANI: Cacat penglihatan tidak bermakna buta huruf

#KomunitiAWANI 21 Mei 2019 menampilkan pelakon, Ummi Nazeera sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Cerita komuniti anda dimulakan tentang program berbuka puasa beramai ? ramai ?Iftar at KL 2019? dan menariknya adalah pada tahun ini, kali pertama Bazar Ramadan KL beroperasi di Jalan Raja. Kemudian, kita akan saksikan kisah sedih bekas juara Tilawah Al-Quran negeri Kedah yang kini tidak lagi mampu untuk melihat ayat ? ayat suci Al ? Quran kerana hilang penglihatan. Kita juga akan saksikan inisiatif sukarelawan yang menyertai Komuniti Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia untuk memperbanyakkan pembuatan buku braille yang serba kekurangan. Kita juga akan lihat program amal bersama komuniti antara pihak Astro dengan anak yatim dan pelajar UUM melalui Perkhidmatan Astro Go yang ditawarkan pada musim Ramadan ini.