#Komuniti AWANI: 'Cancer Research Malaysia' martabatkan penyelidikan buat rakyat Malaysia

#KomunitiAWANI 24 Mei 2019 menampilkan pelakon, Fatimah Abu Bakar sebagai pembaca berita yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti yang dikongsikan kepada Astro AWANI. Episod kali ini bermula tentang pencarian penawar kanser dan usaha ?Cancer Research Malaysia? untuk mengetengahkan penyelidikan kanser berkaitan dengan rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa. Kemudian, kita juga akan ikuti inisiatif Beacon Hospital melancarkan Dana Kebajikan Radioterapi Halcyon bagi membantu pesakit kanser yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos rawatan radioterapi. Jangan terlepas untuk saksikan juga tanggungjawab yang dipikul Mohd Faizzwan yang menjadi seorang guru dan juga usahawan. Kita juga akan ikuti kerja amal sempena bulan Ramadan ini untuk menggalakkan wanita memakai tudung. Kemudian, kita juga akan ikuti inisiatif amal pemberian baju terpakai percuma di sebuah stesen minyak di Batu Berendam, Melaka.